Kanak-Kanak SW kelihatan normal, sangat peramah serta ceria tetapi pertuturan mereka sukar difahami. Mereka juga tidak takut langsung kepada sesiapa. Disebalik keceriaan ini, mereka berhadapan dengan pelbagai masalah kesihatan seperti jantung dan saluran usus yang sempit.
Kajian menunjukkan bahawa pesakit SW mempunyai memori pendengaran yang lebih tinggi berbanding orang normal. Kebanyakan mereka sangat sukakan muzik, malah ada dalam kalangan mereka yang berkebolehan menjadi pemuzik yang baik.
J. Williams adalah doktor pertama yang mengenalpasti ciri-ciri tertentu pada pesakit kanak-kanak yang di rawat sekitar 1965. Dr. Williams menyatakan dalam jurnalnya kombinasi ciri-ciri penyakit penyakit pada kanak-kanak itu antaranya masalah jantung, saluran injap sempit, masalah saluran usus serta memiliki bentuk wajah yang agak unik.
Menurut Prof. Dr. Thong Meow keong, Ketua Jabatan Pediatrik PPUM, bukan sahaja masyarakat tidak mengetahui penyakit ini, malah doktor sendiri kurang mengetahuinya kecuali dalam kalangan pakar genetik dan jantung. Menurut beliau lagi, SW adalah penyakit genetik yang bukan berpunca daripada ibu bapa, sebaliknya berlaku dengan sendirinya apabila secebis bahagian pada kromosom nombor 7 (iaitu kilang untuk memproses protein bagi menghasilkan elastin yang berfungsi membesarkan salur-salur darah, kulit rongga mengikut usia bermula dari dalam kandungan telah hilang. Kehilangan sebahagian cebisan ini mennyebabkan 70-80 peratus penghidap SW berhadapan dengan masalah jantung jika tidak diagnos lebih awal dan boleh mengancam nyawa.
Ciri-Ciri tertentu pada wajah kanak-kanak SW seperti bengkak di sekitar mata dengan kelopak mata yang berlipat, mulut yang lebar dan bibir di bahagian bawah yang agak tebal serta dagu yang kecil. Ibu bapa yang mengesan kelainan pada anak mereka ketika lahir perlu merujuk kepada doktor agar dapat diberi perhatian awal dan menjalani terapi. dengan rawatan awal juga, anak-anak ini boeh ditempatkan di sekolah khas agar mereka boleh hidup berdikari dan tidak ketingggalan berbanding rakan sebaya yang normal.
(http://www.malaysiaharmoni.com)

No comments:
Post a Comment