Saturday 30 July 2011

KANAK-KANAK ISTIMEWA

DEFINISI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh diketegorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan-kebolehan yang berikut:
1. kebolehan kognitif
2. tingkahlaku sosial / perkembangan sosial
3. penguasaan bahsa lisan/pertuturan
4. penguasaan membaca
5. kemahiran perkembangan (developmental skills)
6. kemahiran matematik

CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN

Terdapat banyak ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Antara ciri-ciri yang mungkin dapat menolong pakar-pakar diagnostik dan guru-guru dalam mengenalpasti dan mengajar kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran:

1. Ciri-ciri fizikal
Bentuk badan dan ko-ordinasi motor kanak-kanak ini tidak banyak berbeza dengan kanak-kanak normal. Walaubagaimanapun kanak-kanak yang mempunyai rendah keupayaan mental yang disebabkan oleh faktor – faktor organik adalah lebih kecil bentuk badan berbanding dengan kanak-kanak biasa.

2. Ciri-ciri intelek
Terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang tertentu yang diperlukan dalam perkembangan di sekolah. Sebagai contohnya,mereka mempunyai rendah daya ingatan, kebolehan dalam bidang pengamatan dn perkonsepan dan kebolehan berbentuk kreatif. Kesediaan belajar dan keupayaan menerima pelajaran bagi kanak-kanak bermnasalah pembelajaran tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Contohnya, mereka hanya dapat mempelajari apa yang dipelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun atau lebih.

3. Ciri-ciri sosial dan peribadi
Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu. Mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang hasil daripada pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur kronologi mereka. Sikap dan nilai mereka tidak selaras dengan tingkahlaku kanak-kanak biasa. Minat mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.

selanjutnya : http://www.spe-ed.net/ld-bp.php

Friday 1 July 2011

Larian Serentak 1M1S

Esok, 2 Julai 2011 (Sabtu) akan berlangsungnya Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia. Dengan ini, semua sekolah di malaysia akan melaksanakan program ini di kawasan masing-masing. Acara larian terbesar ini akan dicatatkan dalam Malaysia Book Of Records. SKLU juga tidak melepaskan peluang menyertai program ini yang melibatkan bukan sahaja murid, malahan guru-guru dan kakitangan sekolah juga. Semoga program ini berlangsung dengan selamat dan mencapai objektif. Insyaallah...