Saturday, 30 July 2011

KANAK-KANAK ISTIMEWA

DEFINISI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh diketegorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan-kebolehan yang berikut:
1. kebolehan kognitif
2. tingkahlaku sosial / perkembangan sosial
3. penguasaan bahsa lisan/pertuturan
4. penguasaan membaca
5. kemahiran perkembangan (developmental skills)
6. kemahiran matematik

CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN

Terdapat banyak ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Antara ciri-ciri yang mungkin dapat menolong pakar-pakar diagnostik dan guru-guru dalam mengenalpasti dan mengajar kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran:

1. Ciri-ciri fizikal
Bentuk badan dan ko-ordinasi motor kanak-kanak ini tidak banyak berbeza dengan kanak-kanak normal. Walaubagaimanapun kanak-kanak yang mempunyai rendah keupayaan mental yang disebabkan oleh faktor – faktor organik adalah lebih kecil bentuk badan berbanding dengan kanak-kanak biasa.

2. Ciri-ciri intelek
Terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang tertentu yang diperlukan dalam perkembangan di sekolah. Sebagai contohnya,mereka mempunyai rendah daya ingatan, kebolehan dalam bidang pengamatan dn perkonsepan dan kebolehan berbentuk kreatif. Kesediaan belajar dan keupayaan menerima pelajaran bagi kanak-kanak bermnasalah pembelajaran tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Contohnya, mereka hanya dapat mempelajari apa yang dipelajari apa yang dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun atau lebih.

3. Ciri-ciri sosial dan peribadi
Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu. Mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang hasil daripada pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur kronologi mereka. Sikap dan nilai mereka tidak selaras dengan tingkahlaku kanak-kanak biasa. Minat mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.

selanjutnya : http://www.spe-ed.net/ld-bp.php

Friday, 1 July 2011

Larian Serentak 1M1S

Esok, 2 Julai 2011 (Sabtu) akan berlangsungnya Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia. Dengan ini, semua sekolah di malaysia akan melaksanakan program ini di kawasan masing-masing. Acara larian terbesar ini akan dicatatkan dalam Malaysia Book Of Records. SKLU juga tidak melepaskan peluang menyertai program ini yang melibatkan bukan sahaja murid, malahan guru-guru dan kakitangan sekolah juga. Semoga program ini berlangsung dengan selamat dan mencapai objektif. Insyaallah...

Wednesday, 29 June 2011

Salam Israk Mikraj

Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 662 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Mekah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib bin Abdul Mutalib dan isterinya Siti Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid bin Harisah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah .Peristiwa israk mikraj ini tercatat dalam surah al Isra ayat 1 (Al Quran:17:1). Surah al Najm ayat 60 juga menceritakan peristiwa ini .(al Quran:53:13-18)
Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Mekah sebelum terbit fajar . Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa di Jerusalem / Baitul Maqdis di Israel / Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitul Maqdis. Selepas peristiwa ini , arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Barat masjid, buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti di Madinah, Madyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa, Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam, Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.
Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy. DiBaitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya. Nabi juga 'dibedah' untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak, baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan ibu susunya Halimatun Saadiah.
Nabi telah bertemu dan bercakap dengan Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa.
Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam kalendar Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan olehAllah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam perjalanan Isra' mahupun Mikraj seperti tercantum dalam buku 'Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983:53), Nabi Muhammad didampingi Malaikat Jibril dan Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut 'Buraq'.
Dalam masyarakat Islam, peristiwa ini tercatat dalam kalendar Islam. Umat Islam akan sembahyang sunat. Ceramah khas selalu diadakan bagi mengenang peristiwa tersebut.

Monday, 27 June 2011

Lawatan dan Pemeriksaan Kesihatan





WARGA SKLU

Barisan Pendidik


Sukan Tahunan Sekolah


Majlis Persaraan Pn. Patimah binti Awaludin (GPK HEM)

SENARAI NAMA MURID TAHUN 2011

BIL. NAMA MURID
1 Azhar bin Mohd Ali
2 Danish Danial bin Ramlan
3 Muhammad Adib Farhan bin Mohd Rizal
4 Muhammad Afiq Affandi bin Mazrun
5 Muhammad Fais bin Abdullah
6 Muhammad Hafiszudden bin Zahari
7 Muhammad Haikal bin Mohd Hashim
8 Muhammad Halik Iskandar bin Hafiz
9 Muhammad Irfan Shaqueill bin Arman
10 Muhammad Zulhusni bin Jusni
11 Norsyariena Syamira binti Rahmat
12 Nur Hawa Zaimin binti Jasmin
13 Nurhazirah binti Zahar
14 Nurin Ain Balqis binti Norhisham
15 Nurin Sofea binti Muhamad Faruk
16 Nurnabilah Natasha binti Zulkhairi
17 Nurul Aishah binti Sahrizalsairy
18 Siti Maiellysha binti Shahrol Nizam
19 Tharsani a/p Annamalai
20 Yatn Hong Li Yen

CERITA TAULADAN



Kancil Dan Monyet

Gagak Yang Bijak

Pendekatan Bertema


Konsep Tema
Ø  Satu koleksi idea mengenai sesuatu subjek tertentu
Ø  Tema merupakan landasan untuk cetusan idea
Ø  Satu usaha untuk mengintegrasi pengetahuan, kemahiran dan nilai pembelajaran serta pemikiran kreatif

Konsep Pendekatan Bertema

Pengurusan P&P melalui satu topik atau tema yang dipilih bersesuaian dengan :
Ø  Masa
Ø  Tempat
Ø  Minat
Ø  Latar belakang murid

Kepentingan

Ø  Sebagai wahana untuk menggabungjalinkan komponen dan hasil pembelajaran
Ø  Membantu guru merancang, mengurus aktiviti dan menyediakan bahan2 P&P
Ø  Pembelajaran lebih meluas kerana aktiviti pembelajaran berfokus kpd tema pelbagai aktiviti boleh dijalankan bersesuaian dengan tema yang dipilih

Pemilihan Tema

Ø  Berkaitan dengan kehidupan dan persekitaran kanak2
Ø  Saling berkaitan dgn pengalaman sedia ada dan pengalaman akan diperolehi
Ø  Memberi peluang kepada murid untuk mendapat pengalaman sebenar (hands on experience)
Ø  Membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan yang sedia ada dan memberi pengetahuan baru kepada kanak2
Ø  Mengikut prinsip2 pengajaran  bermula dari yang dekat kepada yang jauh, mudah kepada sukar & mencabar, umum kepada spesifik.
Ø  Mempunyai bahan2 yang mudah didapati
Ø  Berasaskan cadangan kanak2, situasi tertentu atau peristiwa semasa



Ciri- Ciri Tema

Ø  Mempunyai tajuk umum yang boleh dikembangkan kepada topik-topik
Ø  Aktiviti p &p merangkumi berbagai komponen
Ø  Terdapat kesepaduan  pengetahuan, kemahiran, nilai dan kemahiran berfikir
Ø  Pendekatan main sambil belajar –keseronokan kanak-kanak.
Ø  Guru berminat terhadap tema yang dipilih

Pelaksanaan Pendekatan Bertema 
Ø  Kenalpasti tema
Ø  Jana idea berkaiatan dengan tema
Ø  Bina web/peta minda  komponen dan hasil pembelajaran yg berkaitan
Ø  Senarai aktiviti bagi setiap komponen yang berkaitan dgn tema
Ø  Susun kelas dan pusat pembelajaran serta cara mengurus aktiviti pembelajaran berdasarkan tema

Prinsip Pengajaran Bertema

Ø  Pilihan tema sesuai dengan minat,kebolehan dan pengalaman
Ø  Berkaitan rapat dengan kehidupan seharian
Ø  Mempunyai skop yang luas
Ø  Urutan dan kesinambungan
Ø  Merangkumi semua komponen=> perkembangan keseluruhan murid
Ø  Cetusan idea yang banyak- pemikiran kreatif dan inovatif


Sebelum Pelaksanaan

Ø  Perancangan
Ø  Cara perkembangan tema dan tahap perkembangan tema